Wednesday, November 25, 2009

Thursday, October 22, 2009

Bila sakaratulmaut tiba


Petang tadi aku dikejutkan oleh sms Kak Is. Katanya Cikgu Junai meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilahi raji'un. Aku pun terus telefon Kak Is. Kak Is kata Cikgu Junai meninggal dunia dalam rumah. Dia tinggal seorang, bujang lagi. Arwah memang ada penyakit. Memang dah lama tak nampak dia kat sekolah, tapi tak sangka pulak dia takde di sekolah sebab dia dah tak ada lagi di dunia ni. Al-fatihah buat arwah.

3 perkara yang anak Adam tinggalkan apabila menyahut seruan Ilahi : anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah, dan ilmu yang bermanfaat.

Anak soleh yang mendoakan? Kalau mati dulu sebelum dapat anak? Kalau ada anak, tapi anak tak soleh? Bukan senang untuk mendidik anak sehingga menjadi soleh, tapi tidak mustahil, perlukan mujahadah dan sandaran kepada Allah.

Semalam aku baru pulang dari menjadi fasilitator untuk sebuah program. Peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah agama. Dah dua kali program, expectation aku selalu salah dengan realiti.

Sedih dan amat menakutkan keadaan remaja sekarang. Sedangkan yang dididik dengan biah Islam pun begitu apatah lagi yang lain. Bukan untuk bersangka buruk tetapi itulah hakikat yang berlaku. Fitnah yang menimpa kita, anak-anak kita, Islam semakin jauh daripada kehidupan!

Di awal program, ada yang ponteng solat. Agaknya kalau tidak diperiksa seorang demi seorang, ada lah tu yang tinggal solat. Kalau fikir-fikir, macam mana dia boleh berani tidak solat? Yang haram pun berani buat. Inikah yang dikatakan Islam hanya pada nama? Islam kerana keturunan. Tidak lagi dalam hati.

Semua pihak perlu mainkan peranan. Bermula dari dalam rahim lagi, si ibu perlu jaga sumber makan minum yang akan jadi darah daging anaknya. Zikir-zikir yang akan membentuk anaknya. Di rumah, di sekolah, masyarakat - semuanya perlu membantu bagi membina individu TAQWA.

Dari sekolah rendah lagi, perlu biasakan anak-anak dengan solat. Memang kalau datang SBT tu, takdenya budak-budak ni nak zuhur dulu. Jadi sebagai cikgu, jangan ambil ringan, mentang-mentang kecil lagi, biarkan je. Bagi masa untuk solat. Aku percaya, kat rumah pun solat tu tidak dititikberatkan, kalau tidak macam mana dia pergi sekolah tidak solat dulu. Mak ayah sepatutnya biasakan anak-anak, kalau nak keluar ke, nak main ke, mesti solat dulu.

Kalau dilihat sirah terdahulu, bagaimana Saidina Umar berpesan kepada Sa'ad untuk memeriksa solat tenteranya. Umar tidak takut kepada kekalahan tetapi takut kepada fitnah tentera yang tidak solat.

Adab berdoa pun kena ajarkan juga. Ni yang dah besar-besar, dah sekolah menengah. Nak tadah tangan baik-baik pun malas. Kalau bersila, tangan tu dah cecah lantai, lagi rendah daripada ibu jari kaki dia. Kenapa jadi macam tu ye? Kalau budak-budak sekolah rendah ni pulak, mulut je terkumat kamit baca doa, tangan dalam poket, garu kepala lah, macam-macam gaya. Jadi, jangan pernah rasa letih dan putus asa nak tegur. Yang kecik-kecik ni bentuk sampai jadi. Kalau mak ayah kat rumah tak boleh nak ajar, biar kita cikgu-cikgu ni jadi mak ayah dia. Buat macam anak sendiri.

Sakit dada bila fikir masalah anak-anak sekarang. Tercemar sangat-sangat. Bila duduk bincang dengan sahabat-sahabat, antara faktor penyumbang adalah pemakanan. Ada di antara mereka ni pandai 'minum'. Memang pun, apabila berbual-bual dengan anak-anak yang kat sekolah rendah ni pun, sambil-sambil mengajar kalau ada topik yang berkaitan halal haram, bila kita kata ni tak boleh, tu tak boleh, anak-anak ni cakap, bapak saya minum air mabuk, abang saya minum air mabuk. Makan kera, makan buaya. Tu yang muslim. Jadi, apa kita boleh buat? Kita bagitau dia, orang Islam tak boleh makan ni, tak boleh makan tu, kalau ada kat rumah, jangan ambil. Selalu kena tanya tentang solat. Memang kena tanya selalu. Ingatkan pakai pakaian yang menutup aurat, dan sebagainya..

Hidayah Allah tu kalaupun tak datang sekarang, jangan kita rasa benci dengan kejahilan anak-anak ini, jangan kita rasa lelah mendidik dan memberi pesan, mungkin suatu hari nanti, Allah bukakan juga pintu hati mereka. Kalaupun tidak pada mereka, pada zuriat keturunan mereka. Selalulah berdoa, dan teruskanlah 'bekerja'!! Ikhlaskanlah hati, kalau tidak sia-sialah amalan. Jauhilah sum'ah, tiada nilainya pandangan manusia ni, usah dicari redha manusia, tapi tagihlah redha Allah!!

Wednesday, October 14, 2009

Bila cinta akan lahir di hati?

Aku perlu sediakan maksud kepada ayat-ayat Ma'thurat Sughra untuk suatu program. Ma'thurat ini akan dihadiahkan kepada peserta program. Sambil-sambil buat kerja aku dengar nasyid 'Cinta Agung'.

Sedang menaip maksud doa rabitah, syahdu pula rasa hati. Kena pulak dengan nasyid 'Cinta Agung'. Susahkan nak cinta pada Allah? Sebab kita tak jadikan hati kita untuk Allah. Mudah nak cakap, hubbullah, cinta pada perjuangan, cinta sahabat fillah.. Cakap memang senang, tapi adakah kata-kata itu keluar dari hati? Kata-kata itu biasa cair kat lidah, tapi sebenarnya tak terasa kat hati.. Eksyen je lebih!

Kita payah nak beramal dengan ikhlas.. seringkali tertipu dengan amalan sendiri. Lemahnya diri bila tertipu dengan diri sendiri, jadi mudah kerja iblis. Syok sendiri, rasa amal dah cukup baik, tapi tidak berhati-hati dengan lintasan hati...

Ujub, riya', hasad, takabbur, panjang angan-angan, sungguh menghinakan.. Jahatnya aku! Bagaimana aku pada pandangan Allah?

Allah tidak akan sesekali tertipu, Allah Maha Mengetahui, ada apa dalam dada hambanya...

"Ya Allah, bersihkanlah amalanku"

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan apa-apa yang Engkau ciptakan"

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku sendiri"

Lemahnya aku... Tidak mampu menyelamatkan diri daripada kejahatan nafsu..

Bagaimana dapat menyuluh hati orang sedangkan hati sendiri kotor dengan sifat-sifat yang hina..

"La haula wa la quwwata illa billah"

"La ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minazzholimin"

"Hasbiyallahu la ilaha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wa huwa robbil 'arsyil 'azhim"

Mampukah sampai di hati... "Cukuplah Allah bagiku'?

Sunday, October 11, 2009

Doa dalam Al-Quran

Hubbi

Ada banyak doa di dalam Al-Quran.. tapi macam mana nak tahu? Jadi perlu lah membaca quran dengan maknanya sekali, baru lah boleh tahu. Pendek kata milikilah tafsir Al-quran yang mudah dibawa ke mana-mana!

Tugasan baru untuk adik-adikku...

Cari mana-mana ayat quran berupa doa, tuliskan ayat bersama maknanya atas sepotong kertas, kita akan tukar-tukar sesama sahabat pada pertemuan akan datang. Mudah-mudahan apabila sahabat kita membaca doa tersebut, dapat juga pahala membaca ayat quran di samping berdoa manakala sahabat yang menyediakan doa tersebut pun dapat juga sahamnya, mudah-mudahan..

So, siapa nak join? Jom...!!!

Buku baru


Baru dibeli semalam daripada Wawa.. Jom baca!!

Saturday, October 03, 2009

Qurrota Ain


Mumtaz wafee... Awareness of HINI!

Ibu dia menulis.. dia pun sibuk juga nak menulis

Batu Api

Minggu baru ni, aku mengajar tentang tajuk flora dan fauna kepada murid-murid tahun 2. Jadi aku pun cari-cari buku di perpustakaan. Alhamdulillah.. jumpa pun buku yang bergambar dan berwarna, mesti budak-budak tu suka!

Dalam kelas aku pun tunjuklah gambar-gambar dalam buku tu sebagai set induksi pada hari itu. Sampai pada gambar batu karang, budak-budak ni tak tahu itu gambar apa. Aku pun bagi hint dulu, "batu... batu...". Lepas tu, Morisson pun sambut, "Batu api!!". Aku pun betulkan, "Bukan.. batu karang".

Batu api ni adalah satu daripada simpulan bahasa yang pernah aku ajarkan pada mereka. Masa mengajar tentang batu api, aku ingat lagi, masa mula-mula aku mengajar tu, aku tanya dulu, apa makna batu api. Budak-budak ni jawab apa tau, "Batu asah!!". Bukan main confident lagi. Tu yang seronok mengajar budak kecil ni, kita akan tergelak, terhibur, tengok keletah diorang. Ada juga time2 tension, tapi biasalah tu..

Lepas dah mengajar, aku pun bagilah kerja pada budak-budak ni. Tiba-tiba Azmeali menjerit,"Cikgu... Nya batu asah!! Nya madah bla.. bla.. bla". Aku pun tak ingat apa yang dia cakap, tapi yang paling aku ingat tu, dia kata kawan dia batu asah!' Ada ke patut... Aku gelak dulu, baru betulkan 'tatabahasa' dia.. Tu bagusnya budak-budak aku ni, ajar sekali, dia akan gunakan dalam perbualan seharian, cuma kadang-kadang diorang 'confuse'.. Batu api jadi batu asah!

Sayang kat budak-budak ni!!

Monday, August 17, 2009

Cukur Jambul Amna

Amna on day 9th.. lepas cukur jambul

Gaya manja Amna tidur

Lapar ke? Mana mama ni..

Amna on day 2nd... Amna senyum kat sape tu...

Amna on day 1st


Amna cukur jambul hari ni, day 9th.. semalam tali pusat dah tanggal

Comel pulak Amna bila botak, heheh...

Cepat-cepat tumbuh rambut Amna ye, ummi dah janji dengan mama nak belikan Amna klip rambut 'pink in colour'.. Kalu klip rambut gambar rabbit, comel kan? Amna jadi comel macam Joo Yoo Rin eh, sebab Amna kan My Girl!! Tapi jadi comel macam dia je, jangan jadi macam dia pulak, Joo Yoo Rin tu tak pakai tudung, Amna mana boleh macam tu kan..

Cepat-cepat datang jumpa ummi tau, ummi nak dukung, nak cium2 Amna sampai pengsan!!

Sunday, August 16, 2009

Buat aku menangis


Aku tidak pandai memilih tajuk... Tidak pasti sesuai atau tidak tajuk ini dengan ceritaku ini..

Sudah tiga hari, dari hari Jumaat sehinggalah Ahad, pasti ada cerita yang menyentuh hatiku, bukan setakat tersentuh hati, sampai menangis aku dibuatnya..

Hari Jumaat, aku tonton cerita 'Cinta Penggali Kubur'. Masa mula-mula ditayangkan dulu, aku tidak berkesempatan nak tonton. Inilah pertama kali tengok cerita ni. Banyak moral cerita ni.. Bila didikan pada anak tu betul, tengok walau siapa pun dia, dalam apa keadaan pun, dia masih ingatkan Allah. Apa-apahal cari Allah. Orang yang macam ni mampu untuk redha dan sabar dengan ketentuan Allah.

Petang tu, tengok pulak cerita 'Syurga Di Mana'. Menangis lagi... padahal dah pernah tengok dah cerita ni dulu. Terdetik pulak dalam hati, kenapa asyik menangis je hari ni? Malam tu aku telefon ibu. Dulu, masa arwah ayah ada aku kalau tensen-tensen, mesti cari ayah. Bila dah cerita masalah, ayah cakap-cakap sikit, dah sebak hati, suara tak keluar, asyik 'hmm..hmmm' je, takut ayah tau aku menangis, tapi mesti ayah tau kan... Kalau pun aku tak mampu nak cerita masalah kat ayah, cukuplah dapat dengar suara ayah, buat-buatlah tanya hal kat rumah.. Ayah pulak, nanti esok lusa telefon balik, tanya macam mana, dah selesai masalah ke belum. Nanti ayah akan kata, "Ha.. tu dah boleh gelak-gelak tu, ok dah lah tu.."... Sampai sekarang pun kalau tensen-tensen, aku akan ingat balik bila dulu-dulu aku mengadu dengan ayah.. Satu je aku tak boleh dengan ayah, rahsia hati, tu kena cari ibu pulak... Buatlah macam mana pun, lagi kalau ayah usik, memang aku tak boleh buka mulut, rasa nak jadi kura-kura je, masukkan kepala dalam badan!

Hari Sabtu tengok sambungan 'Syurga Di Mana'. Menangis lagi... Apa yang aku dapat daripada cerita ni adalah tentang kasih sayang ibu ayah pada anak-anak. Besarnya pengorbanan ibu dan ayah pada anak-anak. Mampu tak anak-anak buat macam mana ibu ayah dia berkorban untuk dia? Bila ingat-ingat balik, dulu aku pernah marah sangat kat ibu, sebab masukkan aku ke asrama. Tapi jenis aku bila marah tak bercakap. Diam je. Tapi bila dah tinggal asrama, baru tahu rupa-rupanya aku sayang sangat kat ibu, ayah, adik-adik. Kelakar pulak bila ingat balik, asal telefon rumah je menangis. Tak cakap apa-apa pun, last-last duit habis gitu je, dah lah payah nak kumpul syiling banyak-banyak, sekolah pulak jauh, banyaklah syiling nak pakai. Asalkan lepas balik dari kampung je menangis. Dekat setahun juga baru tak menangis.

Hari Ahad tengok cerita orang puteh.. 'I am Sam'. Cerita ni pun berjaya menitiskan air mataku.. Cerita tentang seorang ayah yang terencat akal menjaga anak perempuannya yang normal. Walaupun ayah tu terencat, tapi dia sangat sayang anak dia. Anak dia pun sayang sangat kat ayah dia walaupun ayah dia macam tu. Walaupun ayah tu terencat, banyak benda baik yang dia ajarkan pada anak dia. Mereka dipisahkan atas sebab konon-kononnya ayah tu tidak mampu membesarkan anak dia dengan baik. Betapa susah payahnya ayah dia berusaha untuk jumpa anak dia, cari tempat tinggal yang dekat dengan anak dia, walaupun keadaan dia macam tu. Anak dia pulak macam-macam mana pun akan cari ayah dia, jalan jauh-jauh semata-mata nak jumpa ayah dia.

Ketiga-tiga cerita yang aku tengok ni, semuanya tentang kasih sayang dan realiti dalam kehidupan. Membuatkan aku terfikir, adakah kasih sayang ku pada ibu ayah adik-adik sedalam itu? Bila Allah jauhkan kita daripada orang yang kita sayang, baru kita tahu sedalam mana sayang kita pada mereka. Bila aku kena duduk asrama, baru aku tau aku sangat sayang ibu dengan ayah. Bila aku kena bekerja di Sarawak, selalu rasa rindu kat adik-adik. Nak bergurau-gurau dalam telefon. Gelak sama-sama. Bila ayah dah takde, lain rasa sayang pada ayah, jadi makin sayang, selalu rindu-rindu kat ayah. Bila rindu sangat, mesti aku nangis. Tapi kalau kita rasa rindu kat orang yang dah meninggal dunia, jangan menangis sahaja, pergi baca Quran untuk mereka.

Kesimpulannya, hargailah mereka yang kita sayang. Macam mana? Selalu doakan yang baik-baik untuk mereka, buatlah kebaikan pada mereka, gembirakan mereka, dan ambillah berat tentang mereka. Kita tidak tahu kesempatan lain yang ada untuk kita kalau kita tangguh-tangguh.

Untuk ayah, ibu, bangah, yan, aiman, dan adik...

I always love you.. always!!

Friday, August 14, 2009

Sebab polis?

Hari ni aku mengajar tentang peraturan pengguna jalan raya. Antara peraturannya adalah memakai tali pinggang keledar.

Lalu aku pun bertanya, "Kenapa mesti pakai tali pinggang keledar?".

Berebut-rebutlah budak-budak ni angkat tangan.

"Sebab polis tangkap". Aku pun jawab, "Tak tepat. Lain?".

"Nanti polis tangkap".

"Yelah, kalau tak pakai tali pinggang keledar nanti polis tangkap. Tapi kenapa kita disuruh pakai tali pinggang keledar?", aku bertanya lagi.

Hampir semua murid tetap jawab perkara yang sama, "Nanti polis tangkap!". Budak-budak ni walaupun kita dah kata jawapan tu tak tepat, dia masih lagi jawab yang tu juga. Tapi baguslah, diorang masih cuba nak jawab. Sebab tu sebagai orang yang lebih dewasa kita kena raikan apa yang budak cakap, apa yang budak nak bagitahu, dengar dulu, kalau salah pun, jangan kata 'salah' tapi kata 'kurang tepat' supaya kita tidak menyebabkan mereka rasa rendah diri dan mematikan semangat mereka.

Sambung balik..

Ooo... Begitu rupanya pemahaman budak-budak ni. Mesti pakai tali pinggang keledar sebab kalau tidak nanti disaman polis. Pendek kata, pakai tali pinggang keledar sebab polis suruh.

Tetapi adakah budak sahaja yang fikir begitu? Yang dah tua-tua ni?

Monday, August 10, 2009

Ahlan Ya Amna!!



Amna Sofiya binti Rosli

18 Syaaban 1430 @ 09 - 08 - 2009

Puteri kepada Noraini Ahmad, ukhti mahbubah fillah

Mabruk 'alaikum..

Moga-moga kehadiran Amna menambah rasa cinta kalian pada Al-Kholiq yang menciptakannya..

Bersyukurlah di atas kelahirannya, didiklah permata hati ini menjadi hamba yang kenal pada Tuhannya, kelak puteri ini akan mendatangkan manfaat buat kalian di dunia dan akhirat..

Ahlan Ya Amna!! Amna Sofiya kesayangan mama dan ummi!!


Friday, August 07, 2009

Fitrah Si Anak Kecil


Aku ada 3 cerita..


Cerita 1 :

2 hari lepas sekolah ada buat 'Pertandingan Gerakan dan Nyanyian Matematik'. Guru kelas yang kena melatih wakil kelas masing2.. Memandangkan aku ni guru kelas, kena lah ajar anak2 aku ni...

Aku pegang budak tahun 2. Jadi hari yang terakhir tu dok pulun lah berlatih ni... Faham2 lah ajar budak tahap 1 camne.. Pastu bagi lah budak2 ni berehat...

Tengah2 berehat tu, sorang anak Iban pun cakap, 'Cikgu2... Mun kita baca bismillah, kita dapat menang'.. sambil tu tangan dia tadah tangan macam orang berdoa tu, agaknya baru lepas baca bismillah kot.. Maksudnya, 'Cikgu... Kalau kita baca bismillah, kita boleh menang'.. Aku pun angguk sambil senyum..

Mula tu aku tersentak juga, sebab dia ni bila yang lain baca doa sebelum belajar, dia tak baca dan dia akan diam je... Macam mana dia boleh fikir camtu, kan?

Cerita 2 :


Yang tahun 3 pulak... Biasa kalau aku dok panas hati dengan diorang, belum pun keluar dari mulut aku, diorang ni akan cakap dulu, 'Ya Allah...'. Anak Iban tu.. Aku pun tak jadi nak marah. Diorang ni bukan cakap main-main pun...


Cerita 3 :

Dulu pernah lah sekali aku sebut 'La ilaha illallah', asalnya marahkan budak. Pastu ada sorang anak lelaki tu sambut, ''La ilaha illallah... La ilaha illallah' dengan intonasi macam orang biasa bertahlil tu, tangan dok menulis, mata dok tengok papan hitam, takde pun riak nak main2. Lepas2 tu, budak lain pun ikut bertahlil jugak... aku biar je lah diorang bertahlil dalam kelas.. Ni budak tahun 2 ni... Buat aku senyum sendiri..
induk hati kamek : )


******************************************************************************************

Apa yang aku nak cakap kat sini... Itulah fitrah seorang anak kecil!


Walaupun masih kecil, mereka percaya pada pencipta. Mereka tahu tentang kebergantungan pada Tuhan. Mereka kenal pada agama, bukan sekadar tahu agama. Walaupun tidak banyak, sekurang2nya ada yang dipegang dan diamalkan. Cuma perlu dimurnikan dan dikukuhkan lagi.

Anak2 ini masih bersih, lembut lagi hati untuk dididik... Sepatutnya aku perlu tekun lagi ajarkan tentang agama, adab, dan akhlak... biasalah budak2, kuat main, memang kadang2 panas hati jugak...


Aku tak boleh mengalah walau duduk di rantau orang.. Ini lah peluang aku, ini yang aku pernah minta dulu.. 'Tuhan berikan aku mad'u yang mampu aku da'wahkan'..

Anak2 ini kah?

Buat Ummu Amna...




Amna Sofiya...


Kelahiran mu ku nanti..
Bila kah kita dapat bertemu..
Cukup sudah diam mu dalam rahim ibu mu..

Amna Sofiya...

Dunia ini tidaklah seindah pandangan mata...
Hakikatnya,
Banyak fitnah yang bakal melanda..

Jangan lah engkau tergoda...


Bersedialah wahai amna...
Jadilah wanita yang berkah...
Penuhi dadamu dengan ilmu yang benar..
dan beramallah dikau dengan amalan yang benar dan ikhlas

Sayang ku Amna,
Ini ummi berpesan...

Engkau kini menjadi penyejuk mata mama dan abah,
Belajarlah mengenal Tuhan mu,
Cintai lah Tuhan mu...
Tiada apa yang kami harapkan,
Melainkan kau menjadi penghuni syurga abadi...

Ahlan Ya Amna...!!

Wednesday, June 17, 2009

Alahai Anak-anak...

Sudah 3 hari aku jalankan ujian lisan untuk murid Tahun 2..

Senang je, tunjuk gambar buah-buahan, ada tembikai, betik, manggis, dan rambutan...

Senang kan? Tapi susah jugak rupanya... ada yang tak kenal manggis lagi. Tapi biasa lah tu, budak baru umur 8 tahun, mungkin belum ada rezeki nak makan manggis. Aku pun dah lama tak makan manggis, huhuu...

Apa yang paling aku terkenang-kenang, dan sangat teruja nak cerita dalam blog ini adalah tentang seorang daripada anak-anak ini..

Begini ceritanya...

Selesai bertanyakan soalan-soalan yang berkait dengan gambar, aku pun tanya soalan terakhir, berkisar dengan pengalaman anak itu sendiri.

"Bagitau cikgu buah lain yang kamu tahu yang tiada dalam gambar ni". Ujian lisan BM, tapi cikgu pun tak gunakan struktur ayat yang betul.. :-p

Mulanya dia sebut durian rasanya, tak ingat, tapi ada lah dia sebut sejenis buah tu..

Pastu... aku pun tanya lagi, "Lain?"

Dia diam dulu. Pastu dia pun jawab, "Yak ja".

Halus je suara anak ni. Aku suruh dia ulang lagi, berkali-kali, tetap tak dapat tangkap buah apa yang dia sebut.

Pastu tanya pada murid yang lain, minta tolong dengarkan apa yang dia sebut. Mula-mula diorang pun tak dengar, pastu lama-lama tu, murid tu pun bagitahu...

"Cikgu... Nya madah, ' yak ja'." Aku pun tanya, "Buah apa tu?".

Murid tu pun jawab, "Itu aje....".

Loh....

* Kitak faham sik apa yang kamek madah tuk?

+
Faham ke x ntah...

Friday, February 20, 2009

DAIEKAH AKU??

"Sesungguhnya perjalanan seorang daie itu
sangat panjang
dan..
melelahkan

Ketika itu
orang lalai akan hairan
melihat daie
menyengsarakan diri dalam kelelahan
dan bertanya..
"Sampai bila kau akan melelahkan diri?"

Dijawab daie dengan pasti
"Sebenarnya aku mengharap
.......
PENGISTIREHATAN (syurga)!!!"

* AL - FAWAID (IBN QAYYIM) *

Alimulabid : Aku pasti masih belum bergelar daie..
kerna...
belum ada yang bertanya begitu!

* DAIE = PENDA'WAH