Sunday, August 16, 2009

Buat aku menangis


Aku tidak pandai memilih tajuk... Tidak pasti sesuai atau tidak tajuk ini dengan ceritaku ini..

Sudah tiga hari, dari hari Jumaat sehinggalah Ahad, pasti ada cerita yang menyentuh hatiku, bukan setakat tersentuh hati, sampai menangis aku dibuatnya..

Hari Jumaat, aku tonton cerita 'Cinta Penggali Kubur'. Masa mula-mula ditayangkan dulu, aku tidak berkesempatan nak tonton. Inilah pertama kali tengok cerita ni. Banyak moral cerita ni.. Bila didikan pada anak tu betul, tengok walau siapa pun dia, dalam apa keadaan pun, dia masih ingatkan Allah. Apa-apahal cari Allah. Orang yang macam ni mampu untuk redha dan sabar dengan ketentuan Allah.

Petang tu, tengok pulak cerita 'Syurga Di Mana'. Menangis lagi... padahal dah pernah tengok dah cerita ni dulu. Terdetik pulak dalam hati, kenapa asyik menangis je hari ni? Malam tu aku telefon ibu. Dulu, masa arwah ayah ada aku kalau tensen-tensen, mesti cari ayah. Bila dah cerita masalah, ayah cakap-cakap sikit, dah sebak hati, suara tak keluar, asyik 'hmm..hmmm' je, takut ayah tau aku menangis, tapi mesti ayah tau kan... Kalau pun aku tak mampu nak cerita masalah kat ayah, cukuplah dapat dengar suara ayah, buat-buatlah tanya hal kat rumah.. Ayah pulak, nanti esok lusa telefon balik, tanya macam mana, dah selesai masalah ke belum. Nanti ayah akan kata, "Ha.. tu dah boleh gelak-gelak tu, ok dah lah tu.."... Sampai sekarang pun kalau tensen-tensen, aku akan ingat balik bila dulu-dulu aku mengadu dengan ayah.. Satu je aku tak boleh dengan ayah, rahsia hati, tu kena cari ibu pulak... Buatlah macam mana pun, lagi kalau ayah usik, memang aku tak boleh buka mulut, rasa nak jadi kura-kura je, masukkan kepala dalam badan!

Hari Sabtu tengok sambungan 'Syurga Di Mana'. Menangis lagi... Apa yang aku dapat daripada cerita ni adalah tentang kasih sayang ibu ayah pada anak-anak. Besarnya pengorbanan ibu dan ayah pada anak-anak. Mampu tak anak-anak buat macam mana ibu ayah dia berkorban untuk dia? Bila ingat-ingat balik, dulu aku pernah marah sangat kat ibu, sebab masukkan aku ke asrama. Tapi jenis aku bila marah tak bercakap. Diam je. Tapi bila dah tinggal asrama, baru tahu rupa-rupanya aku sayang sangat kat ibu, ayah, adik-adik. Kelakar pulak bila ingat balik, asal telefon rumah je menangis. Tak cakap apa-apa pun, last-last duit habis gitu je, dah lah payah nak kumpul syiling banyak-banyak, sekolah pulak jauh, banyaklah syiling nak pakai. Asalkan lepas balik dari kampung je menangis. Dekat setahun juga baru tak menangis.

Hari Ahad tengok cerita orang puteh.. 'I am Sam'. Cerita ni pun berjaya menitiskan air mataku.. Cerita tentang seorang ayah yang terencat akal menjaga anak perempuannya yang normal. Walaupun ayah tu terencat, tapi dia sangat sayang anak dia. Anak dia pun sayang sangat kat ayah dia walaupun ayah dia macam tu. Walaupun ayah tu terencat, banyak benda baik yang dia ajarkan pada anak dia. Mereka dipisahkan atas sebab konon-kononnya ayah tu tidak mampu membesarkan anak dia dengan baik. Betapa susah payahnya ayah dia berusaha untuk jumpa anak dia, cari tempat tinggal yang dekat dengan anak dia, walaupun keadaan dia macam tu. Anak dia pulak macam-macam mana pun akan cari ayah dia, jalan jauh-jauh semata-mata nak jumpa ayah dia.

Ketiga-tiga cerita yang aku tengok ni, semuanya tentang kasih sayang dan realiti dalam kehidupan. Membuatkan aku terfikir, adakah kasih sayang ku pada ibu ayah adik-adik sedalam itu? Bila Allah jauhkan kita daripada orang yang kita sayang, baru kita tahu sedalam mana sayang kita pada mereka. Bila aku kena duduk asrama, baru aku tau aku sangat sayang ibu dengan ayah. Bila aku kena bekerja di Sarawak, selalu rasa rindu kat adik-adik. Nak bergurau-gurau dalam telefon. Gelak sama-sama. Bila ayah dah takde, lain rasa sayang pada ayah, jadi makin sayang, selalu rindu-rindu kat ayah. Bila rindu sangat, mesti aku nangis. Tapi kalau kita rasa rindu kat orang yang dah meninggal dunia, jangan menangis sahaja, pergi baca Quran untuk mereka.

Kesimpulannya, hargailah mereka yang kita sayang. Macam mana? Selalu doakan yang baik-baik untuk mereka, buatlah kebaikan pada mereka, gembirakan mereka, dan ambillah berat tentang mereka. Kita tidak tahu kesempatan lain yang ada untuk kita kalau kita tangguh-tangguh.

Untuk ayah, ibu, bangah, yan, aiman, dan adik...

I always love you.. always!!

2 comments:

Annur_syahmah said...
This comment has been removed by the author.
Annur_syahmah said...

salam,ukhti ku tersayang,kaseh & sayang itu memang tidak dapat di pisahkan.....ianya satu anugerah yang sangat berharga dariNYA...buat HambaNYA yang menghargai..insyaAllah=)