Monday, January 12, 2015

Iman dan Buah Lai


Bismillahir Rahmanir Rahim

Petang tadi Iman nak tengok apa ada dalam peti ais

Ada buah lai

Iman : Buah apa tu

Alimulabid : Buah lai

Iman : Eh.. (iman pun baca ayat quran yang ada bunyi "lail")

Doakanlah Iman menjadi hafiz quran yang benar!

Aku Kembali Menulis


Bismillahir Rahmanir Rahim

Hmm...

Speechless..Wordless.. 

Macam jumpa semula kekasih lama..

.....

Lebih kurang 5 tahun dah blog ini kesunyian.. menyepi..

Takde idea?? Bukan..

Tiada masa?? Mungkin..

Sebenarnya tiada desakan dari diri.. MALAS sebenarnya..

Jadi..tanggal 12 Januari 2015.. Aku kini kembali!!!

Sampai bila... huu

Ntah!

Wallahu A'lam

Wednesday, November 25, 2009

Thursday, October 22, 2009

Bila sakaratulmaut tiba


Petang tadi aku dikejutkan oleh sms Kak Is. Katanya Cikgu Junai meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilahi raji'un. Aku pun terus telefon Kak Is. Kak Is kata Cikgu Junai meninggal dunia dalam rumah. Dia tinggal seorang, bujang lagi. Arwah memang ada penyakit. Memang dah lama tak nampak dia kat sekolah, tapi tak sangka pulak dia takde di sekolah sebab dia dah tak ada lagi di dunia ni. Al-fatihah buat arwah.

3 perkara yang anak Adam tinggalkan apabila menyahut seruan Ilahi : anak soleh yang mendoakannya, sedekah jariah, dan ilmu yang bermanfaat.

Anak soleh yang mendoakan? Kalau mati dulu sebelum dapat anak? Kalau ada anak, tapi anak tak soleh? Bukan senang untuk mendidik anak sehingga menjadi soleh, tapi tidak mustahil, perlukan mujahadah dan sandaran kepada Allah.

Semalam aku baru pulang dari menjadi fasilitator untuk sebuah program. Peserta daripada kalangan pelajar sekolah menengah agama. Dah dua kali program, expectation aku selalu salah dengan realiti.

Sedih dan amat menakutkan keadaan remaja sekarang. Sedangkan yang dididik dengan biah Islam pun begitu apatah lagi yang lain. Bukan untuk bersangka buruk tetapi itulah hakikat yang berlaku. Fitnah yang menimpa kita, anak-anak kita, Islam semakin jauh daripada kehidupan!

Di awal program, ada yang ponteng solat. Agaknya kalau tidak diperiksa seorang demi seorang, ada lah tu yang tinggal solat. Kalau fikir-fikir, macam mana dia boleh berani tidak solat? Yang haram pun berani buat. Inikah yang dikatakan Islam hanya pada nama? Islam kerana keturunan. Tidak lagi dalam hati.

Semua pihak perlu mainkan peranan. Bermula dari dalam rahim lagi, si ibu perlu jaga sumber makan minum yang akan jadi darah daging anaknya. Zikir-zikir yang akan membentuk anaknya. Di rumah, di sekolah, masyarakat - semuanya perlu membantu bagi membina individu TAQWA.

Dari sekolah rendah lagi, perlu biasakan anak-anak dengan solat. Memang kalau datang SBT tu, takdenya budak-budak ni nak zuhur dulu. Jadi sebagai cikgu, jangan ambil ringan, mentang-mentang kecil lagi, biarkan je. Bagi masa untuk solat. Aku percaya, kat rumah pun solat tu tidak dititikberatkan, kalau tidak macam mana dia pergi sekolah tidak solat dulu. Mak ayah sepatutnya biasakan anak-anak, kalau nak keluar ke, nak main ke, mesti solat dulu.

Kalau dilihat sirah terdahulu, bagaimana Saidina Umar berpesan kepada Sa'ad untuk memeriksa solat tenteranya. Umar tidak takut kepada kekalahan tetapi takut kepada fitnah tentera yang tidak solat.

Adab berdoa pun kena ajarkan juga. Ni yang dah besar-besar, dah sekolah menengah. Nak tadah tangan baik-baik pun malas. Kalau bersila, tangan tu dah cecah lantai, lagi rendah daripada ibu jari kaki dia. Kenapa jadi macam tu ye? Kalau budak-budak sekolah rendah ni pulak, mulut je terkumat kamit baca doa, tangan dalam poket, garu kepala lah, macam-macam gaya. Jadi, jangan pernah rasa letih dan putus asa nak tegur. Yang kecik-kecik ni bentuk sampai jadi. Kalau mak ayah kat rumah tak boleh nak ajar, biar kita cikgu-cikgu ni jadi mak ayah dia. Buat macam anak sendiri.

Sakit dada bila fikir masalah anak-anak sekarang. Tercemar sangat-sangat. Bila duduk bincang dengan sahabat-sahabat, antara faktor penyumbang adalah pemakanan. Ada di antara mereka ni pandai 'minum'. Memang pun, apabila berbual-bual dengan anak-anak yang kat sekolah rendah ni pun, sambil-sambil mengajar kalau ada topik yang berkaitan halal haram, bila kita kata ni tak boleh, tu tak boleh, anak-anak ni cakap, bapak saya minum air mabuk, abang saya minum air mabuk. Makan kera, makan buaya. Tu yang muslim. Jadi, apa kita boleh buat? Kita bagitau dia, orang Islam tak boleh makan ni, tak boleh makan tu, kalau ada kat rumah, jangan ambil. Selalu kena tanya tentang solat. Memang kena tanya selalu. Ingatkan pakai pakaian yang menutup aurat, dan sebagainya..

Hidayah Allah tu kalaupun tak datang sekarang, jangan kita rasa benci dengan kejahilan anak-anak ini, jangan kita rasa lelah mendidik dan memberi pesan, mungkin suatu hari nanti, Allah bukakan juga pintu hati mereka. Kalaupun tidak pada mereka, pada zuriat keturunan mereka. Selalulah berdoa, dan teruskanlah 'bekerja'!! Ikhlaskanlah hati, kalau tidak sia-sialah amalan. Jauhilah sum'ah, tiada nilainya pandangan manusia ni, usah dicari redha manusia, tapi tagihlah redha Allah!!

Wednesday, October 14, 2009

Bila cinta akan lahir di hati?

Aku perlu sediakan maksud kepada ayat-ayat Ma'thurat Sughra untuk suatu program. Ma'thurat ini akan dihadiahkan kepada peserta program. Sambil-sambil buat kerja aku dengar nasyid 'Cinta Agung'.

Sedang menaip maksud doa rabitah, syahdu pula rasa hati. Kena pulak dengan nasyid 'Cinta Agung'. Susahkan nak cinta pada Allah? Sebab kita tak jadikan hati kita untuk Allah. Mudah nak cakap, hubbullah, cinta pada perjuangan, cinta sahabat fillah.. Cakap memang senang, tapi adakah kata-kata itu keluar dari hati? Kata-kata itu biasa cair kat lidah, tapi sebenarnya tak terasa kat hati.. Eksyen je lebih!

Kita payah nak beramal dengan ikhlas.. seringkali tertipu dengan amalan sendiri. Lemahnya diri bila tertipu dengan diri sendiri, jadi mudah kerja iblis. Syok sendiri, rasa amal dah cukup baik, tapi tidak berhati-hati dengan lintasan hati...

Ujub, riya', hasad, takabbur, panjang angan-angan, sungguh menghinakan.. Jahatnya aku! Bagaimana aku pada pandangan Allah?

Allah tidak akan sesekali tertipu, Allah Maha Mengetahui, ada apa dalam dada hambanya...

"Ya Allah, bersihkanlah amalanku"

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan apa-apa yang Engkau ciptakan"

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku sendiri"

Lemahnya aku... Tidak mampu menyelamatkan diri daripada kejahatan nafsu..

Bagaimana dapat menyuluh hati orang sedangkan hati sendiri kotor dengan sifat-sifat yang hina..

"La haula wa la quwwata illa billah"

"La ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minazzholimin"

"Hasbiyallahu la ilaha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wa huwa robbil 'arsyil 'azhim"

Mampukah sampai di hati... "Cukuplah Allah bagiku'?

Sunday, October 11, 2009

Doa dalam Al-Quran

Hubbi

Ada banyak doa di dalam Al-Quran.. tapi macam mana nak tahu? Jadi perlu lah membaca quran dengan maknanya sekali, baru lah boleh tahu. Pendek kata milikilah tafsir Al-quran yang mudah dibawa ke mana-mana!

Tugasan baru untuk adik-adikku...

Cari mana-mana ayat quran berupa doa, tuliskan ayat bersama maknanya atas sepotong kertas, kita akan tukar-tukar sesama sahabat pada pertemuan akan datang. Mudah-mudahan apabila sahabat kita membaca doa tersebut, dapat juga pahala membaca ayat quran di samping berdoa manakala sahabat yang menyediakan doa tersebut pun dapat juga sahamnya, mudah-mudahan..

So, siapa nak join? Jom...!!!

Buku baru


Baru dibeli semalam daripada Wawa.. Jom baca!!

Saturday, October 03, 2009

Qurrota Ain


Mumtaz wafee... Awareness of HINI!

Ibu dia menulis.. dia pun sibuk juga nak menulis

Batu Api

Minggu baru ni, aku mengajar tentang tajuk flora dan fauna kepada murid-murid tahun 2. Jadi aku pun cari-cari buku di perpustakaan. Alhamdulillah.. jumpa pun buku yang bergambar dan berwarna, mesti budak-budak tu suka!

Dalam kelas aku pun tunjuklah gambar-gambar dalam buku tu sebagai set induksi pada hari itu. Sampai pada gambar batu karang, budak-budak ni tak tahu itu gambar apa. Aku pun bagi hint dulu, "batu... batu...". Lepas tu, Morisson pun sambut, "Batu api!!". Aku pun betulkan, "Bukan.. batu karang".

Batu api ni adalah satu daripada simpulan bahasa yang pernah aku ajarkan pada mereka. Masa mengajar tentang batu api, aku ingat lagi, masa mula-mula aku mengajar tu, aku tanya dulu, apa makna batu api. Budak-budak ni jawab apa tau, "Batu asah!!". Bukan main confident lagi. Tu yang seronok mengajar budak kecil ni, kita akan tergelak, terhibur, tengok keletah diorang. Ada juga time2 tension, tapi biasalah tu..

Lepas dah mengajar, aku pun bagilah kerja pada budak-budak ni. Tiba-tiba Azmeali menjerit,"Cikgu... Nya batu asah!! Nya madah bla.. bla.. bla". Aku pun tak ingat apa yang dia cakap, tapi yang paling aku ingat tu, dia kata kawan dia batu asah!' Ada ke patut... Aku gelak dulu, baru betulkan 'tatabahasa' dia.. Tu bagusnya budak-budak aku ni, ajar sekali, dia akan gunakan dalam perbualan seharian, cuma kadang-kadang diorang 'confuse'.. Batu api jadi batu asah!

Sayang kat budak-budak ni!!

Monday, August 17, 2009

Cukur Jambul Amna

Amna on day 9th.. lepas cukur jambul

Gaya manja Amna tidur

Lapar ke? Mana mama ni..

Amna on day 2nd... Amna senyum kat sape tu...

Amna on day 1st


Amna cukur jambul hari ni, day 9th.. semalam tali pusat dah tanggal

Comel pulak Amna bila botak, heheh...

Cepat-cepat tumbuh rambut Amna ye, ummi dah janji dengan mama nak belikan Amna klip rambut 'pink in colour'.. Kalu klip rambut gambar rabbit, comel kan? Amna jadi comel macam Joo Yoo Rin eh, sebab Amna kan My Girl!! Tapi jadi comel macam dia je, jangan jadi macam dia pulak, Joo Yoo Rin tu tak pakai tudung, Amna mana boleh macam tu kan..

Cepat-cepat datang jumpa ummi tau, ummi nak dukung, nak cium2 Amna sampai pengsan!!